Gangguan Terusan Suez 2021
Gangguan Terusan Suez 2021

Gangguan Terusan Suez 2021

Pada 23 Mac 2021, pukul 7.40 Waktu Eropah Timur (UTC+2), sebuah kapal kontena bernama Ever Given terdampar di kilometer 151 Terusan Suez di Mesir.[1] Kapal tersebut hilang kawalan selepas ditimpa ribut pasir dan angin kencang dengan kelajuan 50 kilometer sejam (27 knot).[2] Ever Given kemudian merempuh dasar terusan dan terbabas sehingga menghalang semua kapal yang ingin melalui Terusan Suez.[3]Halangan ini telah meninggalkan kesan besar pada perkapalan di mana sekurang-kurangnya 369 buah kapal terpaksa menunggu untuk melalui terusan sehingga 29 Mac.[4] Pada tarikh itulah kapal yang terbabit diapungkan semula sedikit sebanyak dan "dihalakan semula 80 peratus ke arah yang betul",[5] dan akhirnya dibebaskan pada waktu petang dan menuju ke Tasik Pahit Besar untuk membuka semula terusan.[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Gangguan Terusan Suez 2021 http://www.marinelink.com/news/completes-waterway-... http://www.theguardian.com/world/2021/mar/24/huge-... http://archive.is/Uhgai http://www.caironews.net/index.php/sid/224460353 http://www.maritimebulletin.net/2021/03/23/bulk-ca... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gangg... //www.worldcat.org/issn/0099-9660 //www.worldcat.org/issn/0307-1235 https://www.abc.net.au/news/2021-03-26/suez-blocka... https://www.cbc.ca/news/business/suez-canal-egypt-...